saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.......

"Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Seandainya ada blogger yang terlihat gambar sulaman manik mereka ada di dalam blog ini, saya mohon untuk di gunapakai sebagai rujukan. Maklumlah masih baru di dalam bidang nie, jadi image-image yang dimuat turun kebanyakkan dari internet. Maaf dan terima kasih ye......." kata @diella


Selasa, 16 Ogos 2011

SuLaMan MaNik SiLaNG PaNgKaH.......

 Percubaan : 14/08/2011

Gambaran Penuh

Sulaman Manik Silang Pangkah.Erm.......ok tak nama tu? aku pun tak tau, main bantai je. Syukur, sulaman manik kali ni dapat dihasilkan setelah mencuba beberapa corak yang difikirkan sesuai untuk jubah Kak Jam (rakan sepejabat aku). Kira ni antara rekaan dan buah fikiran aku ngan suamilah disamping pemerhatian corak2 manik yang lain.

Selasa, 9 Ogos 2011

SuLaMan MaNik BiNTaNG.......

 Percubaan : 07/08/2011

 Sulaman di leher

Sulaman penuh

Kalau nak tau, ni baju Hajar gak (pelanggan kedua aku). Baju dia nampak klasik kan? Aku namakan Sulaman Manik Bintang sebab senang nak ingat. Hehehe. memandai je aku ni kan.

Isnin, 8 Ogos 2011

SuLaMan MaNik BuNGa MeLaTi.......

Sulaman di badan

Sulaman di leher

Sulaman di lengan

Percubaan : 06/08/2011

Sulaman manik kali ni hasil daripada perkongsian pandangan aku dan suami. Nama cam biasa aku yang letak, Sulaman Manik Bunga Melati. Hehehe. Baju ni merupakan baju pelangganku yang ke-2 tak tahu nak cakap cam ne perkenalan kami sebab dia hanya melihat sulaman manikku di fb dan kemudian meng'add' ku menjadi rakan dan menghantar kepadaku walaupun tinggal di Kota Tinggi. Terima asih ku ucapkan kepada Hajar yang percaya kepadaku.

Selasa, 2 Ogos 2011

SuLaMaN MaNiK FLoRa

Percubaan : 02/08/2011

Yang ni aku namakan Sulaman Manik Flora sebab ala2 bunga kan. So, aku letaklah namatu. Ni pun baju kawan yang hantar baju sama ngan Sulaman Manik Dadu ri tu. Aku cube tuk siapkan hari ni tuk hantar kat die esok. Syukur sangat sebab 2 baju yang dihantar pada hari jumaat ri tu dah dapat di hantar.