saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.......

"Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Seandainya ada blogger yang terlihat gambar sulaman manik mereka ada di dalam blog ini, saya mohon untuk di gunapakai sebagai rujukan. Maklumlah masih baru di dalam bidang nie, jadi image-image yang dimuat turun kebanyakkan dari internet. Maaf dan terima kasih ye......." kata @diella


Isnin, 13 Ogos 2012

SuLaMaN MaNik Di LeHeR

Haa.....mesti sukar kan nak cari sulaman di bahagian leher kan? So, aku masukkan la beberapa sulaman manik yang mudah bagi leher. 

Baju kanak-kanak kedua

Baju dari pelanggan yang sama (baju kanak-kanak)

Baju emakku yang ade kisah disebalik bunga tu. Nak tau kisahnya leh layari blog peribadi aku iaitu http://espresiaf.blogspot.com/


SuLaMaN MaNiK TERKINI DaRI @Diella

Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri tahun 1433 Hijrah ye semua. Syukur kerana Ramadhan kali ini banyak tempahan manik mudah dan ringkas yang aku terima. Apa2 pun, memang diakui agar sukar untuk memikirkan rekaan yang lain dan terkini untuk tempahan dari orang yang sama tetapi baju yang berbeza. Korang tengok je la hasilnye k. Mana la tau nak buat tuk baju korang gak. Erm... di tegaskan di sini, nama sulaman tu memang aku yang saje2 letak untuk memudahkan aku mengambil tempahan sekiranya ada yang berminat. 


Sulaman Manik Akar
(Percubaan : 06/08/2012)

Sulaman Manik Bunga Kecil

Percubaan : 04/08/2012

Sulaman Manik Bunga Berdiri

Percubaan : 05/08/2012

 
 Sulaman Manik Ombak

Percubaan : 06/08/2012

Selasa, 17 Julai 2012

SuLaMaN MaNiK aLa TaLi PiNGGaNG

SuLaMaN MaNiK aLa TaLi PiNGGaNG

Percubaan 14/07/2012

Ha....kali ni aku tampil kan sulaman mani yang agak berbeza. Nak kata beza sangat tu takde la, sama je tabur, tapi aku tampilkan imej moden la kan... takdelah asyik bunga, bunga n bunga. Kali ni aku masukkan moden sikit. Mungkin motif tali pinggan yang aku nak sampaikan tu tak nampak sangat, tapi itulah yang aku cube ketengahkan :)

Khamis, 5 Julai 2012

SuLaMaN MaNiK BiaSa


Erm...ni adalah baju pertama customer yang datangnya dari tailor aku. Katanya tuk tempahan raya ada lagi, tunggu je la, ada rezeki adalah kan? Baju ni 19 Mei 2012 aku siapkan. Customer kali ni nama dia Ina. Ina hantar baju dia  n anak perempuan die. Dia kata mahal tak sebab dia nak buat dekat lengan n anak nak kat leher sekali (seperti gambar di atas). Aku tanya budget dia n dia setuju sebab die pun nak yang biasa2 n ringkas je :)

Rabu, 16 Mei 2012

SuLaMaN MaNiK TaBuR


Haa...yang ni baju yassin aku. Hari tu tengok ade baki2 manik tu, aku jahitla... ape yang mudah la kan... SuLaMan MaNiK TaBur... Semua orang boleh buat aku rasa... yakin boleh!pasti boleh :) kejap je buat ni... Tak amik masa lama.. Ni pun ingat nak tambah2 gak... Tapi tu la, ingat je. Mana nak jadi... Hehehe.



SuLaMaN MaNiK KaPiT



Dah lama sungguh aku tak N3 gambar kan? Baru2 ni memang ade wat gak manik ni, tapi dok update blog lagi satu, http://espresiaf.blogspot.com tak menyempat nak masukkan gambar ni... Ala.. cam biasa, nama Sulaman Manik Kapit ni sape yang bagi...aku la... Ni kaf yang aku tak penuhkan, aku cume buat sikit je kat hujung, tapi kat bahagian bunga area atas badan, aku jahit. Ade masa aku amik gambar n n3 sini k...skrang tak sempat (1.47 p.m. rabu)