saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.......

"Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Seandainya ada blogger yang terlihat gambar sulaman manik mereka ada di dalam blog ini, saya mohon untuk di gunapakai sebagai rujukan. Maklumlah masih baru di dalam bidang nie, jadi image-image yang dimuat turun kebanyakkan dari internet. Maaf dan terima kasih ye......." kata @diella


Selasa, 31 Mei 2011

SuLaMan MaNik PaYuNG.......

Percubaan : 30/05/2011

Sulaman manik kali ini aku namakan Sulaman Manik Payung. Hehehe. Memandai je kan aku nie. Takpelah, yang penting aku tau  n ingat nama2 sulaman manik nie. Yelah, mana tau ada rezeki orang nak tempah, dieorang sebut je, aku dah leh tangkap yang mana satu. Betul tak?

Selasa, 24 Mei 2011

SuLaMan MaNik MuTiaRa.......

Percubaan : 24/05/2011

Nie, pertama kali aku buat kat 'cup' lengan. 'Design' nie pun main reka2 sendiri. Oleh kerana banyak elemen putih bak mutiara, aku namakan sulaman manik kali nie, Sulaman Manik Mutiara. Ok tak? Ok je la kan. Aku yang buat, so aku letak nama sendiri gak la. Baju nie aku amik saing baju hitam putih yang aku namakan Sulaman Manik Bunga Comel tu.

SuLaMan MaNik LiLiN.......

Percubaan : 23/05/2011

Corak sulaman kali nie aku namakan Sulaman Manik Lilin. Kenape? Sebab yang ni aku gunakan manik petak tu 4 dan yang bulat tu 1, so nampak cam lili. Hehehe. Bentuk kali nie aku dapat daripada pemerhatian aku kat baju mak andam semalamnye (22/05/2011) yang ada pada majlis perkahwinan anak sedara aku. Tapi dia punye sulaman tak guna manik bulat. Aku saje je tukar. Kasi lain sikit. Ringkas tapi kemas. Cubelah.......

Jumaat, 20 Mei 2011

SuLaMan MaNik RauDHaH.......


Sulaman manik kali nie aku namakan Sulaman Manik Raudhah sebab aku 'snap' dari baju yang Raudhah (Ibu kepada Naufal yang mana satu tempat ngan Adif & Ammar dijaga).Faham tak?Hehehe.Tak faham, buat2 la faham. Yang nie, memang aku belum cube lagi, sebab tu takde tulis tarikh percubaan, tapi nampaknye yang senang dari sulaman manik yang aku pernah cube sebelum nie. Jadi, sesape yang berminat nak tempah 'design' nie, jika diizinkan Allah, boleh buat lagi walaupun lom penah cube.

Khamis, 19 Mei 2011

SuLaMan MaNik BuNGa CoMeL.......

Percubaan : 19/05/2011

Waktu rehat yang ada tidak dipersiakan aku. Baju yang baru sahaja diambil pagi tadi seawal pukul 6.35 pagi dari tukang jahit (kira orang kata 'fresh' lah), aku sulam. Tuk sulaman yang baru aku practice kan nie aku namakan Sulaman Manik Bunga Comel. Comel kan nama die? Hehehe.......

Rabu, 18 Mei 2011

SuLaMan MaNik JuLa JuLi.......

Percubaan : 17/05/2011

Sebenarnya aku memang tau tau nama-nama sulaman manik nie. So, untuk kesenangan aku mengingatnye, mana2 sulaman manik yang aku baru belajar, aku nampak cam sesuatu, aku berilah nama sendiri. Haa.....tak salah kan? Yang nie lak aku namakan Sulaman Manik Jula Juli sebab teringatkan citer Jula Juli Bintang Tiga tue....... Yang nie kan ada 3 gak tapi bulan, bukan bintang.

SuLaMan MaNik RuMPai.......

Percubaan : 16/05/2011

Hehehe. Agaknye marah tak penyulam-penyulam manik kalau aku namakan sulaman manik nie, Sulaman Manik Rumpai.Bukan pe, dari pandangan mata aku nampak cam rumpai je.Hehehe.

Selasa, 10 Mei 2011

SuLaMan maNik

Sumber dari internet....... [Perkhidmatan Sulaman Manik]

Tengok masih ada manik-manik yang tinggal, amik baju lama. Tenyeh je la.......

Yang nie konon nak wat manik tabur, tapi bila tengok kat internet lebih menarik & penuh.
So, pasni akan diperbaiki & di tambah baik.

Sulaman nie walaupun biasa, aku rasa aku dah makin memahami bagaimana nak jahit manik dengan lebih kemas.

Nie, masa mula2 buat dulu. Kira orang kata asal boleh.

Saje2 sulam manik kat baju nie, tak yah pun dah ok sebenarnye sebab baju nie dah ada penyerinya.......

Hehehe. Idea sendiri.......

Masih dalam pembelajaran masa nie.......


Sumber dari internet....... [Ckin's Artwork]

Sumber dari internet....... [Erpha Ahdayani]

Isnin, 9 Mei 2011

BerMuLanya DiMenSi BaRu.......

Hari ini bermulanya dimensi baru dalam kehidupanku. Aku lebih yakin untuk mengambil tempahan sulaman manik. Semoga Allah memberikan petunjuk dan membuka pintu-pintu rezekinya untukku. Semoga aku juga sentiasa mendapat idea-idea baru n menarik untuk diketengahkan. Sebagai permulaan, aku hanya ingin mengambil tempahan yang agak mudah menyulamnya. Sekiranya ada teman-teman yang juga meminati hobi yang sama atau sedang berkecimpong dalam alam manik ni, aku harap dapat memberi tips dan panduan untukku.